MAKLUMAT UMUM KEM ANUGERAH RAMBU PKK PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2012
KEM ANUGERAH RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2012
TARIKH : 5 APRIL 2012 - 7 APRIL 2012
TEMPAT : MRSM LENGGONG
PUSKEP MARA LENGGONG
MASA LAPOR : 2.30 PETANG - 4.30 PETANG (5 APRIL 2012)
MASA BERSURAI : 12.30 TENGAHARI (7 APRIL 2012)
1.0 KUMPULAN SASARAN
1.1 Semua ahli pengakap tahun 6 yang berdaftar dan telah lulus dengan jayanya Ujian Lencana Keris Emas.
1.2 Jumlah penyertaan setiap daerah di negeri Perak tidak dihadkan, tetapi pengesahan bilangan penyertaan hendaklah dibuat sebelum atau pada 28 Mac 2012.
2.0 TARIKH
2.1 5 APRIL 2012 hingga 7 APRIL 2012
2.2 3 hari 2 malam (Khamis hingga Sabtu)
3.0 TEMPAT
3.1 Maktab Rendah Sains Mara Lenggong & PUSKEP MARA Lenggong
4.0 YURAN PENYERTAAN
4.1 Peserta : RM 45.00
5.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
5.1 Penyertaan hanya terbuka kepada calon-calon yang telah mendaftar dengan Persekutuan Pengakap Malaysia bagi tahun 2012.
5.2 Calon-calon hendaklah terdiri daripada murid-murid tahun enam yang bersekolah di negeri Perak.
5.3 Calon-calon hendaklah telah lulus dengan jayanya dalam Ujian Lencana Keris Emas. Calon-calon hendaklah mengemukakan Sijil Lencana Keris Emas bersama-sama borang pendaftaran kontinjen.
5.4 Calon-calon hendaklah mempunyai tahap kesihatan tubuh badan yang baik, tidak dijangkiti penyakit berjangkit dan tidak mempunyai penyakit yang kronik. Borang Perakuan Kesihatan hendaklah dilengkapkan dan diserahkan kepada pihak pengurusan kontinjen masing-masing. Pihak kontinjen perlu mengistiharkan tahap kesihatan setiap murid / calon di dalam boring pendaftaran kontinjen. Keselamatan, kesihatan dan kebajikan setiap calon adalah tanggungjawab kontinjen masing-masing.
5.5 Semua peserta yang mewakili kontinjen hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa / penjaga. Borang Kebenaran Penjaga dan Borang Pelepasan Tanggungan perlu dilengkapkan dan diserahkan kepada kontinjen masing-masing.
6.0 PENDAFTARAN
6.1 Semua kontingen daerah dikehendaki melengkapkan borang pendaftaran peserta yang dilampirkan bersama buku ini yang ditaip menggunakan perisian Microsoft Excell sahaja dalam jenis Font Arial bersaiz 11 dan dihantar secara emel kepada scouthuluperak@gmail.com pada atau sebelum 28 Mac 2012.
6.2 Salinan cetakan senarai nama boleh diserahkan semasa pendaftaran untuk penyemakan bersama-sama sesalinan Sijil Lencana Keris Emas untuk setiap peserta.
Monday, 19 March 2012
DOKUMEN UNTUK DI MUAT TURUN OLEH KONTINGEN DAERAH
(menggunakan perkongsian fail di http://www.4shared.com)
BORANG PENDAFTARAN KONTINGEN DAERAH
BORANG PERAKUAN KESIHATAN MURID
BORANG PELEPASAN TANGGUNGAN
SURAT KEBENARAN AKTIVITI MURID
SYARAT DAN KEPERLUAN
MAKLUMAT DAN BORANG PERTANDINGAN