MAKLUMAT UMUM KEM ANUGERAH RAMBU PKK PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2012

KEM ANUGERAH RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2012

TARIKH : 5 APRIL 2012 - 7 APRIL 2012

TEMPAT : MRSM LENGGONG

PUSKEP MARA LENGGONG

MASA LAPOR : 2.30 PETANG - 4.30 PETANG (5 APRIL 2012)

MASA BERSURAI : 12.30 TENGAHARI (7 APRIL 2012)



1.0
KUMPULAN SASARAN

1.1 Semua ahli pengakap tahun 6 yang berdaftar dan telah lulus dengan jayanya Ujian Lencana Keris Emas.

1.2 Jumlah penyertaan setiap daerah di negeri Perak tidak dihadkan, tetapi pengesahan bilangan penyertaan hendaklah dibuat sebelum atau pada 28 Mac 2012.


2.0 TARIKH

2.1 5 APRIL 2012 hingga 7 APRIL 2012

2.2 3 hari 2 malam (Khamis hingga Sabtu)

3.0 TEMPAT

3.1 Maktab Rendah Sains Mara Lenggong & PUSKEP MARA Lenggong

4.0 YURAN PENYERTAAN

4.1 Peserta : RM 45.00

5.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

5.1 Penyertaan hanya terbuka kepada calon-calon yang telah mendaftar dengan Persekutuan Pengakap Malaysia bagi tahun 2012.

5.2 Calon-calon hendaklah terdiri daripada murid-murid tahun enam yang bersekolah di negeri Perak.

5.3 Calon-calon hendaklah telah lulus dengan jayanya dalam Ujian Lencana Keris Emas. Calon-calon hendaklah mengemukakan Sijil Lencana Keris Emas bersama-sama borang pendaftaran kontinjen.

5.4 Calon-calon hendaklah mempunyai tahap kesihatan tubuh badan yang baik, tidak dijangkiti penyakit berjangkit dan tidak mempunyai penyakit yang kronik. Borang Perakuan Kesihatan hendaklah dilengkapkan dan diserahkan kepada pihak pengurusan kontinjen masing-masing. Pihak kontinjen perlu mengistiharkan tahap kesihatan setiap murid / calon di dalam boring pendaftaran kontinjen. Keselamatan, kesihatan dan kebajikan setiap calon adalah tanggungjawab kontinjen masing-masing.

5.5 Semua peserta yang mewakili kontinjen hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa / penjaga. Borang Kebenaran Penjaga dan Borang Pelepasan Tanggungan perlu dilengkapkan dan diserahkan kepada kontinjen masing-masing.

6.0 PENDAFTARAN

6.1 Semua kontingen daerah dikehendaki melengkapkan borang pendaftaran peserta yang dilampirkan bersama buku ini yang ditaip menggunakan perisian Microsoft Excell sahaja dalam jenis Font Arial bersaiz 11 dan dihantar secara emel kepada scouthuluperak@gmail.com pada atau sebelum 28 Mac 2012.

6.2 Salinan cetakan senarai nama boleh diserahkan semasa pendaftaran untuk penyemakan bersama-sama sesalinan Sijil Lencana Keris Emas untuk setiap peserta.


Monday, 2 April 2012

PERUBAHAN MASA AKTIVITI KEM ANUGERAH RAMBU PKK 2012


Salam hormat dan salam pengakap

Tuan,

MAKLUMAN PERUBAHAN MASA AKTIVITI KEM ANUGERAH RAMBU PKK 2012

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2. Berikut merupakan jadual aktiviti terkini yang melibatkan 3 perubahan di PUSKEP MARA LENGGONG;

TARIKH
MASA
AKTIVITI
5 APRIL 2012
3.00 PETANG – 6.00 PETANG
FLYING FOX DAN KAYA
9.00 MALAM – 11 MALAM
CERAMAH / MOTIVASI
6 APRIL 2012
8.30 PAGI – 5.30 PETANG
LAWATAN BERFOKUS
MEMANAH
MENYUMPIT
PAMERAN
BOLA SEPAK
BOLA JARING
KRAFTANGAN
HALANGAN
PERMAINAN TRADISIONAL
RADIO AMATUR 1
RADIO AMATUR 2
9.00 MALAM – 11.00 MALAM
PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN

3. Perubahan tersebut berlaku disebabkan berlakunya pertindihan aktiviti dengan MRSM KUALA NERANG yang juga menjalankan aktiviti tersebut pada 5 April 2012 – 7 April 2012.

4. Kontinjen dinasihatkan tiba awal untuk membolehkan peserta menyertai aktiviti Flying Fox dan Kayak pada pukul 3.00 petang – 6.00 petang 5 April 2012.

5. Sebarang pertanyaan tentang perkara ini pihak tuan bolehlah menghubungi pegawai kami TN HJ ADZLI BIN ADNAN di talian 0124693367.

Sebarang kesulitan mengenai perkara ini amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, 21 March 2012

JEMPUTAN MESYUARAT JK INDUK DAN JK PELAKSANA

Salam Hormat dan Salam Pengakap,

Mohon ambil perhatian kepada SC, ASC, DC dan KETUA KONTINGEN setiap daerah.

Tuan-tuan dijemput menghadiri

A. MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK KEM ANUGERAH RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK 2012

Tarikh     :          28 Mac 2012 (Khamis)
Masa      :          9.00 pagi
Tempat   :          Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Perak

Kehadiran  :     a. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
                       b. Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (4 orang)
                       c.  Pegawai Pelajaran Daerah masing-masing
                       b. Pesuruhjaya Pengakap Daerah masing-masing


B. MESYUARAT KETUA KONTINGEN KEM ANUGERAH RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK TAHUN 2012

Tarikh                :             29 Mac 2012 (Khamis)
Masa                 :             2.00 petang
Tempat              :              Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Perak

Kehadiran          :             a. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
                                       b. Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (4 orang)
                                       c. Pesuruhjaya Pengakap Daerah masing-masing
                                       d. Ketua Kontingen Daerah masing-masing

Mohon setiap daerah menghantar Pesuruhjaya Pengakap Daerah dan Ketua Kontingen  ke mesyuarat seperti maklumat di atas.

TINDAKAN :
MOHON EMELKAN KEPADA scouthuluperak@gmail.com PERKARA-PERKARA BERIKUT :

1. NAMA PENUH
2. NO. TELEFON
3. ALAMAT TEMPAT BERTUGAS / SEKOLAH
4. NO. FAKS.

Surat jemputan mesyuarat daripada PPD / JPN akan difakskan ke alamat tempat bertugas anda.